CELIK IT – Samsul Anuar Bin Ismail
MEMBINA LAMAN PAGE FACEBOOK
| Nama | : Samsul Anuar Bin Ismail |
| Umur | : 38 tahun |
| Ahli | : 2010 |
Latar belakang
Saudara Samsul Anuar merupakan kakitangan Felda yang telah menetap di Felda Chemplak lebih kurang 8 tahun. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Isteri beliau juga adalah seorang kakitangan Felda yang bertugas di Felda Chemplak Barat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum ini saudara Samsul hanya menggunakan computer untuk tujuan pekerjaan harian sahaja seperti Microsoft woed, excel dan powerpoint.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Seiring dengan pembangunan, pihak Wilayah Felda meminta beliau untuk mewujudkan laman Facebook khusus untuk Felda Chemplak bagi mengemaskini aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Felda Chemplak.