Hari Jom Sihat Bersama Pusat Internet

Laporan Aktiviti | 8 January 2019
Tarikh : 27 Disember 2018 
 Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
 Lokasi : Pusat Internet Felda Chemplak
 Peserta : Terbuka

Tujuan 
Mendedahkan kepada komuniti tentnag menjaga kesihatan serta mengenalkan produk MyHealth yang disediakan di Pusat Internet secara percuma.
Aktiviti 

Program dimulakan dengan senamrobik yang dikendalikan oleh Pasukan Senamrobik Felda Moakil, di jalankan juga pemeriksaan tekanan darah serta gula dalam darah secara percuma di perkarangan Pusat Internet. Terdapat juga booth-booth kesihatan yang lain seperti Vken dan urutan reflexologi. Pengunjung juga boleh mendaftar di Portal ASNB bersama wakil Maynbank. Selain daripada itu, ceramah berkenaan kecelaruan emosi dikalangan remaja juga di jalankan oleh Doktor dari Klinik Kesihatan Labis dan demonstrasi bantuan kecemasa dari Unit Kecemasan Hospital Segamat.

Terdapat juga aktiviti sampingan yang dijalankan sepanjang program tersebut dijalankan seperti pertandingan mewarna bertemakan makanan sihat oleh kanak-kanak, pertandingan artikal menarik melalui My Komuniti oleh pelajar sekolah menengah, pertandingan puzzle, tabata challage dan banyak lagi.

Gambar Di Sini