Karnival Kraf & IKS Labis

Laporan Aktiviti | 11 December 2016

Karnival Kraf & IKS telah berlangsung di Dataran Labis dari 9 hingga 11 Disember 2016. Banyak aktiviti dan gerai jualan barangan kraf serta produk-produk IKS yang telah mengambil bahagian. Di kesempatan ini juga, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chemplak bersama-sama Pusat Internet 1 Malaysia Kluster Segamat bersama-sama menjayakan proghram tersebut.

Pusat Internet 1 Malaysia berkesempatan membuat hebahan dan secara tidak langsung membantu usahawan yang ada untuk memasarkan produk mereka menggunakan alpikasi Dashboard – MyShop. Mereka juga diberi peluang untuk mempelajari cara-cara untuk mengambil gambar produk dengan lebih sistematik dan profesional sebelum di muat naik ke dalam Dashboard – MyShop.

Selain daripada itu, Pusat Internet 1 Malaysia juga mendapat mendekatkan lagi jurang komunikasi luar bandar dengan mengajak mereka untuk menjadi Ahli Pusat Internet 1 Malaysia dan memberikan informasi berkenaan perkhidmatan yang di sediakan.