Program Aktiviti Tahunan Pusat Internet 1 Malaysia
Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chemplak akan mengadakan Program Aktiviti Tahunan di perkarangan Pusat Internet 1 Malaysia. Banyak aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut seperti Explorace, Dashboard Komuniti, Cabutan bertuah dan banyak lagi. Terdapat juga hadiah menarik untuk bakal pemenang. Peserta adalah terhad kepada 50 orang sahaja berumur 13tahun dan ke atas. Bagi anda yang ingin menyertai aktiviti ini boleh hadir ke Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chemplak untuk pendaftaran dan pertanyaan.
Butiran aktiviti adalah seperti di bawah:
Tarikh : 27 Januari 2017
Tempat: Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chemplak
Masa : 10.00 pagi – 6.00 petang