Program E-waste bersama PKK Felda Chemplak & Kemas

Laporan Aktiviti | 17 May 2017

Program E-Waste bersama PKK Felda Chemplak & Kemas telah berlangsung pada 5 May 2017 bertempat di Bangunan GPW Felda Chemplak. Seramai lebih kurang 30 orang peserta telah menghadiri program tersebut. Di kesempatan itu, kami bersama memberi penerangan berkenaan E-Waste dan cara-cara melupuskan barang eletronik lama dengan selamat.