Aktiviti Pusat Internet
MINI KARNIVAL PEMERKASAAN EKONOMI MASYARAKAT
Pada 3 Oktober 2015,PI telah bersama-sama memeriahkan majlis Mini Karnival Pemerkasaan Ekonomi Masyarakat melalui Koperasi yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Segamat.Antara aktiviti yang diadakan adalah penerangan dan ruang-ruang niaga yang disediakan oleh pihak Koperasi.Selain daripada itu,terdapat juga aktiviti lain seperti pertandinga mewarna bagi kanak-kanak Tadika & PRA,masakan dan gubahan,cabutan berbuah dan sukaneka.Pengunjung juga dapat mengunjungi booth pameran Pusat Internet untuk mengetahui info terbaru serta perkhidmatan yang disediakan.Bagi pengunjung yang menjadi Ahli Pusat Internet berpeluang memilih mana-mana cenderahati yang telah disediakan.





PERKHIDMATAN BARU DI PUSAT INTERNET FELDA CHEMPLAK

Pusat Internet Felda Chemplak bakal menyediakan perkhidmatan baru bagi pengguna (AHLI). Para pengguna (AHLI) boleh membuat pinjaman keatas mana-mana Netbook yang ada di Pusat Internet untuk digunakan dengan kadar bayaran yang ditetapkan selama seminggu. Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan yang bakal kami sediakan,bolehlah berkunjung ke Pusat Internet Felda Chemplak atau mana-mana Pusat Internet berdekatan.
PERKHIDMATAN PI1M FELDA CHEMPLAK DEHENTIKAN BUAT SEMENTARA WAKTU.
- Perkhidmatan Pusat Internet 1 Malaysia akan dihentikan buat masa ini bagi penaiktarafan fasiliti bagi memberikan keselesaan kepada pengujung. Pusat Internet akan dibuka semula setelah kerja-kerja ubahsuai selesai dijalankan. Walaubagaimanapun,perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar (KTW) masih berjalan seperti biasa. Sebarang makluman yang berkenaan Pusat Internet atau aktiviti Pi1M boleh la berhubung dengan Manager (Pn.Noranidah di talian 0197435524) / Asst.Manager (Pn.Zuhaili di talian 0177299686).
KEMPEN KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
Program Klik Dengan bijak telah dijalankan bagi memupuk kesedaran pengguna Internet terutamanya laman sosial akan bahayanya jika tidak digunakan dengan berhati-hati. Kempen ini telah berlangsung di Pusat InternetFelda Chemplak dan di Pusat Internet seluruh negara. Pihak Pusat Internet juga mengadakan kemben ini di sekolah-sekolah dan majlis-majlis yang dihadiri oleh semua lapisan masyarakat. Baru-baru ini pihak Pusat Internet telah mengadakan program KDB ini di Sekolah Menengah Kamarul Ariffin Tenang dan di Kg Sungai Tepi Bukit Serampang Muar yang dihadiri lebih krg 500 orang. Program ini juga dijayakan bersama Pusat Internet Daerah Segamat. Bagi mana-mana pihak yang ingin menghadiri atau ingin meminta kami memberi penerangan tentang program kesedaran ini bolehlah berkunjung ke Pusat Internet Felda Chemplak atau mana-mana Pusat Internet yang berhampiran anda.
KEMPEN PENGGUNA BIJAK DAN KEUSAHAWANAN (KPBU) TELAH BERAKHIR
Program Pengguna Bijak Dan Keusahawanan yang telah dIjalankan sepanjang bulan November hingga April 2014 telah pun berakhir pada 29hb April 2014 lepas dimana kumpulan terakhir yang terlibat adalah guru – guru dan staf -staf SMK Felcra Bukit Kepong, Muar Johor.Secara keselurhannya, pihak Pusat Internet Felda Chemplak telah berjaya menarik seramai244 orang peserta untuk program ini yang melibatkan kategori belia, dewasa dan juga warga emas.Berikut adalah jadual pecahan peserta mengikut kategori dan bulan:
| BULAN |
NOV’ 13 |
DIS’ 13 |
JAN’ 14 |
FEB ’14 |
MAC ’14 |
APRIL ’14 |
JUMLAH IKUT KATEGORI |
| KATEGORI | |||||||
| WARGA EMAS (L) | 0 | 1 | 7 | 0 | 1 | 1 | 10 |
| WARGA EMAS (W) | 0 | 3 | 12 | 0 | 1 | 0 | 16 |
| DEWASA (L) |
0 | 7 | 8 | 0 | 9 | 16 | 40 |
| DEWASA (W) | 1 | 11 | 11 | 7 | 7 | 16 | 53 |
| BELIA (L) |
0 | 10 | 9 | 0 | 11 | 16 | 46 |
| BELIA (W) |
7 | 15 | 20 | 0 | 11 | 26 | 79 |
| JUMLAH IKUT BULAN |
8 | 47 | 67 | 7 | 40 | 75 |
244
|
PROMOSI KEMPEN PENGGUNA BIJAK DAN KEUSAHAWANAN (KPBU).
Program Pengguna Bijak Dan Keusahawanan yang telah dan sedang di jalankan akan di lanjutkan sehingga April 2014. Dengan melanjutkan lagi program ini,lebih banyak peluang yang dapat diperolehi oleh pengguna dari segenap golongan khususnya bagi peniaga/usahawan kecil yang ingin meluaskan perniagaan mereka ke pasaran luar. Sebanyak 22 program yang akan dijalankan sehingga April 2014 yang mana penglibatannya dari golongan Belia,Dewasa dan Warga Emas. Sebarang pertanyaan berkenaan program ini, anda boleh melawati pusat-PUSAT INTERNET yang berhampiran. Bagi peserta yang hadir dan belum berdaftar sebagai ahli Pusat Internet akan di berikan saguhati dan menjadi ahli secara percuma.
Syarat-syarat permohonan untuk menyertai GMBO ialah,peserta mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18-65 tahun,mempunyai lesen perniagaan,mempunyai laman sesawang yang aktif, seorang yang menggunakan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar di Pusat Internet (PI) serta mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan. Geran sebanyak RM 1,000.00 akan deberikan kepada pemohon yang layak.