Bas Muafakat Johor

Kemudahan Asas | 15 May 2017

Warga Segamat kini anda boleh menggunakan perkhidmatan Bas Muafakat Johor di Terminal Bas Segamat. Bagi anda yang ingin menggunkan perkhidmatan bas tersebut,anda haruslah membuat pendaftaran secara atas talian di laman sesawang http://www.basmuafakatjohor.com/ .

 

Bas Muafakat ini hanya melalui kawasan seperti di gambar, bagi mereka yang ingin ke Felda Chemplak Dari Segamat, anda boleh mengambil taksi terus ke Felda Chemplak atau menaiki Bas dan Berhenti di Pekan Labis dan Mengambil Taksi untuk ke Felda Chemplak.

 

Bayaran yang dikenakan untuk pendaftaran ialah sebanyak RM10 bagi yang berumur 18 tahun dan ke atas, RM5 untuk warga emas berumur 60 tahun, pelajar 17 tahun ke bawah, dan orang kurang upaya (OKU). Perkhidmatan ini percuma kepada kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah.