Bukit Botak Felda Redong

Pelancongan & Tempat Bersejarah | 16 March 2017

BUKIT BOTAK adalah tempat yang sesuai bagi anda yang ingin mencabar stamina dan inginkan kepuasan pada akhir penjelajahan. Bukit Botak yang terletak di Felda Redong ini menjanjikan permandangan yang menarik setelah anda sampai di kemuncaknya. Anda boleh pergi memandu sendiri untuk sampai ke tapak pendakian bukit tersebut dan anda boleh berhubung dengan penduduk tempatan atau datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Felda Redong untuk bantuan.