CELIK IT – Pn. Hadibah Binti Idris

Kisah Kejayaan | 12 March 2018

BELAJAR ASAS KOMPUTER, INTERNET DAN SEBAGAINYA

Nama : Hadibah Binti Idris
Umur : 55 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Puan Hadibah merupakan seorang suri rumah yang tidak mempunyai pengetahuan asas komputer dari mula lagi.Beliau tidak pernah sekalipun mempelajari mahupun mencuba menggunakan komputer.Namun, beliau mula berminat untuk mengikuti kelas komputer ini apabila Pi1M diperkenalkan kepada beliau oleh kakak beliau yang merupakan ahli aktif dan juga bekas pelajar Pi1M.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum beliau mengikuti latihan INTEL di Pi1M , beliau tidak mengetahui cara untuk menggunakan komputer walaupun untuk mehidupkannya sekalipun.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas mengikuti latihan di Pi1M, Puan Hadibah  dapat menggunakan komputer dengan baik, seterusnya beliau turut meminjam netbook 1Malaysia untuk dibawa pulang untuk mengulangkaji pelajaran yang diajar di PI1M di rumah beliau.