Hari Sukan Negara

Laporan Aktiviti | 10 October 2016

Pada 7&8 Oktober yang lepas telah berlangsung Hari Sukan Negara yang mana telah disambut di seluruh negara. Bersama program tersebut,Pusat Internet 1 Malaysia Wilayah Segamat mengambil kesempatan untuk turut serta dalam menjayakan aktiviti sukan ini dan dapat menarik minat lebih kurang 120 orang ahli berdaftar baru.

Program ini juga disertai oleh 12 Pusat Internet 1 Malaysia Wilayah Segamat dan antara perkara yang didedahkan semasa program berjalan adalah pengenalan Dashboard serta fungsinya, aktiviti-aktiviti yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia, kelas-kelas pembelajaran, serta perkhidmatan lain seperti fotostat, laminat, scan dan lain-lain.