Keselamatan

Keselamatan | 1 August 2015
Pondok Polis Felda Chemplak

Keselamatan kampung hendaklah sentiasa dijaga bagi memastikan penduduk kampung tinggal dengan aman tanpa sebarang masalah. Oleh itu, pihak kerajaan telah menyediakan sebuah pondok polis di Felda Chemplak yang terletak berhampiran dengan penempatan penduduk. Pondok ini dikawal oleh seorang atau dua orang polis setiap hari. Selain itu, kawasan kampung ini juga dikawal oleh anggota RELA. Mereka akan meronda setiap malam bagi mengelakkan kes jenayah atau kecurian daripada berlaku  dalam kawasan felda ini.
Bilik Gerakan SRS Felda Chemplak
SRS ( Skim Rondaan Sukarela ) di tubuhkan adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan kampung terutamanya pada waktu malam. Penduduk lelaki di dalam kampung ini akan berkawal bergilir-gilir secara sukarela bermula jam 12 malam sehingga 5 pagi.