Kesihatan
Kesihatan
Klinik Desa Felda Chemplak
Bagi memantau kesihatan penduduk di sini, kerajaan telah mendirikan sebuah klinik desa yang terletak berdekatan dengan SK LKTP Felda Chemplak. Terdapat dua orang petugas atau jururawat yang ditempatkan di klinik kesihatan ini, iaitu Pn. Herda Hasan dan Cik Juniza. Perkhidmatan di klinik ini lebih cenderung kepada rawatan untuk ibu mengandung dan bersalin serta kesihatan bayi. Selain itu, ia turut menawarkan rawatan bagi pesakit yang menghidap penyakit ringan seperti batuk, demam dan selesema. Klinik ini dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Klinik Kesihatan Labis

Bagi pesakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut, mereka bolehlah berbuat demikian di Klinik Kesihatan Labis. Jarak dari Felda Chemplak ke Klinik Kesihatan Labis lebih kurang 13km. Klinik ini beroperasi seawal 8.00pagi hingga 5.00petang. Jika keadaan pesakit harus mendapatkan rawatan yang lebih lanjut, mereka akan di rujuk ke Hospital Besar Segamat.