KEUSAHAWANAN – Encik Baharuddin Bin Adam
Pengusaha Homestay
| Nama | : Encik Baharuddin Bin Adam |
| Umur | : 59 tahun |
| Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Encik Baharuddin Bin Adam merupakan salah seorang anak peneroka Felda Chemplak dan mengusahakan perniagaan sewaan rumah tumpangan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Antaranya ialah menyediakan lokasi dan set majlis termasuk perkhidmatan katering. Selain itu, beliau juga ada menjual barang elektrik dan perabot melalui pinjaman kredit.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum beliau melibatkan diri dengan PI dan penggunaan ICT, perkhidmatan yang disediakan oleh beliau hanya diketahui oleh jiran-jiran di kawasan sekitar rumah dan kenalan-kenalan rapat beliau sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas mempromosikan perkhidmatan yang beliau sediakan melalui kelas yang dijalankan di Pusat Internet Felda Chemplak, hasilnya telah meningkat dua kali ganda.