KEUSAHAWANAN – Mohd Shafiz Bin Razib
Perniagaan Pakaian & Telefon
| Nama | : Mohd Shafiz Bin Razib |
| Umur | : 17 tahun |
| Ahli | : 2012 |
Latar belakang
Saudara Mohd Shafiz Bin Razib merupakan pelajar tingkatan 5 yang mula berjinak – jinak dengan dunia perniagaan bermula dari sekolah rendah lagi dengan menjual kuih muih yagn dibuat oleh ibunya kepada rakan- rakannya.Bermula dari situ, beliau berminat dengan dunia perniagaan dimana ibu bapanya juga merupakan usahawan percetakan baju.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Penjualan produk terhad kepada rakan-rakan terdekat dan kawasan sekitar daerah Labis.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Memandangkan pasaran secara atas talian memainkan peranan yang sangat besar dalam dunia perniagaan saudara Mohd Shafiz mengambil peluang dengan memasarkan produk pakaian dan telefon bimbit di laman mudah.my.Tidak seperti usahawan atas talian lain, saudara Mohd Shafiz lebih gemar menggunakan laman sesawang mudah.my ini atas alasan laman web ini lebih ramai pengunjung dan tidak terhad kepada individu-individu tertentu.