KEUSAHAWANAN – Pn. Aznariah Binti Mahat
Perniagaan Pakaian
| Nama | : Aznariah Binti Mahat |
| Umur | : 36 tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Aznariah Binti Mahat merupakan suri rumahtangga sepenuh masa dan merupakan salah seorang usahawati muda Felda Chemplak yang mengusahakan perniagaan jualan pakaian jenis lycra yang dijahit sendiri oleh beliau pada pertengahan tahun 2017. Antara produk jualan beliau ialah tudung sarung lycra, tudung sarung sekolah lycra, jubah lycra dan baju kurung moden lycra yang mengikut permintaan pelanggan. Selain daripada jualan produk yang disebut, beliau juga ada menjual telekong lycra dengan harga yang amat berpatutan. Beliau banyak menerima tempahan daripada rakan-rakan kenalan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum beliau melibatkan diri dengan PI dan penggunaan ICT, jualan produk beliau hanya diketahui oleh jiran di kawasan sekitar rumah dan kenalan-kenalan rapat beliau sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas mempromosikan produk-produk beliau melalui kelas yang dijalankan di Pusat Internet Felda Chemplak, hasil jualan beliau telah meningkat dua kali ganda.