KEUSAHAWANAN – Pn. Azwani Binti Mokhtar
Perniagaan Kuih-muih / Biskut
| Nama | : Azwani Binti Mokhtar |
| Umur | : 32 tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Azwani Binti Mokhtar merupakan suri rumahtangga sepenuh masa dan merupakan isteri kepada salah seorang kakitangan Felda Chemplak Barat yang mengusahakan Perniagaan Makanan Kering bermula pada awal tahun 2017. Beliau membuat beberapa jenis biskut dan kuih raya. Beliau juga ada menerima tempahan ‘goodies’ untuk majlis perkahwinan, pertunangan, harijadi dan majli-majlis keraian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Jualan biskut raya dan kuih raya beliau sebelum ini hanya diketahui oleh kenalan-kenalan rapat beliau sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas mempromosikan produk-produk beliau melalui kelas yang dijalankan di Pusat Internet Felda Chemplak, hasil jualan telah meningkat dua kali ganda.