KEUSAHAWANAN – Pn. Faridah
Perniagaan Makanan dan Urutan Tradisional
| Nama | : Faridah Binti Simpol |
| Umur | : 33 tahun |
| Ahli | : 2011 |
Latar belakang
Puan Faridah Binti Simpol merupakan anak jati Felda Chemplak Barat.Beliau telah berkahwin dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.Sebelum ini beliau pernah bekerja sebagai pembantu spa ketika beliau masih bujang.Setelah berkahwin beliau telah menetap terus di Felda Chemplak Barat dan pernah bekerja sebagai pembantu kedai di beberapa buah kedai makan di Felda Chemplak.Beliau mula menjinakkan diri dalam dunia perniagaan pada pertengahan tahun 2016 dimana bermula dengan perniagaan makanan berunsurkan pencuci mulut seperti karipap Adidas, aiskrim agar-agar dan churros coklat.Namun pada awal tahun 2017 beliau telah melibatkan diri dan serius dalam perniagaan urutan tradisional rumah ke rumah memandangkan beliau mempunyai pengalaman bekerja sebagai pembantu spa
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Perkhidmatan urutan tradisional Puan Faridah sebelum ini hanya dimanfaatkan oleh warga tempatan Felda Chemplak Barat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Memandangkan kuasa jualan atas talian semakin memonopoli dunia perniagaan,Puan Faridah telah mengambil peluang ini dengan mengiklankan perkhidmatan urutan beliau di laman sosial.Hasilnya, pelanggan yang menginginkan perkhidmatan beliau semakin meningkat sebanyak 50%.