KEUSAHAWANAN – Pn. Noridayu Binti Paiman

Kisah Kejayaan | 17 September 2018

Perniagaan Kuih-muih

Nama : NOridayu Binti Paiman
Umur : 31 tahun
Ahli : 2010

 

Latar belakang

Puan Noridayu Binti Paiman merupakan suri rumahtangga sepenuh masa dan merupakan salah seorang usahawati muda Felda Chemplak yang mengusahakan perniagaan jualan kuih muih tradisional bermula pada awal tahun 2017. Beliau membuat beberapa jenis kuih muih tradisional seperti kuaci leleh, kaswi pandan, karipap, popia, lepat cendol, karipap dan popia sejuk beku.  Beliau banyak menerima tempahan untuk majlis perkahwinan, pertunangan, harijadi, perpisahan dan majlis-majlis keraian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Jualan kuih muih tradisional beliau sebelum ini hanya diketahui oleh kenalan-kenalan rapat beliau sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas mempromosikan produk-produk beliau melalui kelas yang dijalankan di Pusat Internet  Felda Chemplak, hasil jualan telah meningkat dua kali ganda.