Kisah Kejayaan Puan Azlina

Kisah Kejayaan | 21 December 2017

Puan Azlina mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan ini pada awal 2016.Beliau merupakan seorang suri rumah dan mempunyai 3 orang anak.Beliau pada asalnya hanya berniat untuk suka-suka dalam bidang ini, namun menjadi serius setelah mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan beliau.

Sebelum ini Puan Azlina merupakan seorang yang tidak celik IT.Beliau sebelum ini juga tidak tahu cara penggunaan laman social dan laman e-dagang secara terpeinci. Pihak Pi1M telah memberi cadangan kepada beliau untuk memperkembangkan perniagaan beliau secara atas talian bagi meningkatkan permintaan dan pemasaran.Setelah mengikuti latihan keusahawanan permintaan kuih nona manis beliau terutamanya telah meningkat sebanyak 10%.

Memandangkan Puan Azlina merupakan pengguna asas ICT, beliau sentiasa meminta tunjuk ajar dengan hadir ke Pi1M bagi meningkatkan ilmu ICT beliau.Untuk masa akan datang, beliau akan mengikuti latihan intensif seperti Instagram  dan Facebook page bersama Pi1M untuk memahirkan penggunaan ICT beliau.Selain itu, beliau juga turut meletakkan produk beliau di Pi1M.

Anda boleh mendapatkan produk beliau dengan menghubunginya melalui Whatsapps di talian 0137563954.