Maklumat Am

Maklumat Am | 27 July 2015

LOGO DAN MOTO FELDA CHEMPLAK

LOGO

Latar rumah dan lambang “FC” pada logo menggambarkan kawasan petempatan Kampung Felda Chemplak. Warna Hijau pada lambang “FC” mencerminkan kedamaian dan kehijauan kampung yang bebas dari segala pencemaran. Dua batang pokok pada kanan dan kiri logo melambangkan dua hasil utama tanaman yang menjadi sumber pendapatan masyarakat kampung iaitu getah getah dan kelapa sawit.

MOTO

“Kampungku Bersama Membina Negara Maju”

Merupakan kesinambungan aspirasi dan wawasan negara menjelang Tahun 2020 yang turut didokong oleh seluruh warga Kampung Felda Chemplak, Unit Pembangunan Kampung, Jawatankuasa Kemajuan Kampung, dan Pengurusan Felda Chemplak.

PELAN KAMPUNG

Felda Chemplak terletak dalam Mukim Labis, Daerah Segamat. Lokasi kedudukannya ialah antara Pekan Labis dan Bukit Kepong. Lokasinya adalah strategik iaitu terletak di laluan jalanraya menuju Lebuhraya Tol Pagoh iaitu kira-kira 12 km dari Labis dan 15 km dari Bukit Kepong.

MAKLUMAT TERPERINCI BERKENAAN KAMPUNG

Keluasan Kawasan Kampung     :    172.64 hektar
Parlimen                                      :    Labis
Nama YB Ahli Parlimen               :   YB Tuan Pang Hok Liong
Dewan Undangan Negeri            :   Kawasan Tenang
Nama YB ADUN                          :   YB Solihin Badri
Nama Pegawai Daerah               :   Tn. Hj. Rahim Bin Nin
Nama Penghulu Mukim               :   En. Sabri Bin Nazari

 INFO PENDUDUK

  • Jumlah penduduk kampung : *  3,481 orang

* Jumlah ini akan berubah dari semasa ke semasa