Maklumat Pusat Internet
Selamat Datang
KE
PUSAT INTERNET FELDA CHEMPLAK
Pengenalan Kepada Pusat Internet (PI)
Pusat Internet (PI) merupakan projek kerajaan, inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM Bhd) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
Objektif Penubuhan PI
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat setempat terhadap teknologi maklumat dan internet.
- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pi1M.
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
Pusat Internet (PI) Felda Chemplak
Pusat Internet (Pi) Felda Chemplak, Labis, Johor terletak di Felda Chemplak iaitu salah sebuah felda yang terletak di Mukim Labis. Felda Chemplak terletak di laluan kilometer 33 dari bandar Segamat dan 12 km dari pekan Labis. Pi Felda Chemplak mula beroperasi pada 14 April 2010, dengan jumlah ahli sehingga kini seramai 936 orang.
Perkhidmatan yang disediakan di PI
Pi menyediakan latihan ICT secara PERCUMA kepada semua Ahli PI , di mana latihan ICT itu merangkumi:
- Pengenalan Asas Komputer
- Asas Internet
- Aplikasi elektronik (E-Kerajaan, E-Pembelajaran, E-Dagang)
- Desktop Publishing (Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft PowerPoint)
- Penyuntingan Imej
- Asas Membina Laman Web
- Pemasangan Komponen Komputer
- Pemasangan Sistem Operasi Komputer
Selain itu, Pi juga menawarkan perkhidmatan:
- Internet jalur lebar
- Printing
- Scanning
- Fotostat
- Laminate
- Binding
- Zon Internet Tanpa Wayar (WI FI Zone).
- Pembaharuan Cukai Jalan dan Insuran Kenderaan
- Menjual Topup Celcom
- Menjual simkad Celcom
- I Health
Berikut merupakan nama petugas dan alamat PUSAT INTERNET (Pi) Felda Chemplak :
Kompleks Komuniti,
Felda Chemplak,
85300 Labis,
Segamat,
Johor
PENGURUS : Pn. Yuzillah Binti Md. Jalil (email : chemplak@Pi1M.com.my)
PEN. PENGURUS : Pn. Zuhaili Binti Chasmani (email : zuhailichasmani@yahoo.com.my)