Pelancongan

Pelancongan & Tempat Bersejarah | 30 July 2015

PUSAT REKREASI AIR PANAS

Pekan Air Panas merupakan sebuah pekan kecil dalam Daerah Segamat. Pekan ini terkenal dan mendapat nama sempena air panas yang terdapat di sini. Terletak kira-kira 14 kilometer dari Pekan Labis melalui jalan raya persekutuan. Selain itu, pekan ini juga dikenali sebagai Tenang. Penduduk yang berbilang bangsa iaitu sebilangan kaum Cina menjalankan perniagaan di pekan kecil Pekan Air Panas dan juga komuniti masyarakat Melayu dan orang Asli mendiami sebahagian besar kampung-kampung berhampiran. Malah, di sini juga terdapat beberapa perkampungan orang Asli seperti Bekok, serta Empangan Juaseh dan juga dusun buah mata kucing yang banyak.
Air Tejun Taka Melur

AIR TERJUN SG BANTANG, BEKOK

Hutan lipur ini mula dijumpai pada tahun 1989 dan dimajukan dengan pesatnya pada tahun 1990. Kawasan ini terletak di dalam Hutan Simpan Labis dan berada di kompartmen 17, seluas 210.93ha dan kompartmen 18, seluas 156.28ha. Jarak antara Air Terjun Sungai Bantang dengan bandar Segamat, lebih kurang 64 km dan 8 km dari Pekan Bekok. Tema “Destinasi Rekreasi Luar Anda” telah diperkenalkan oleh Jabatan Hutan Daerah Segamat bagi tujuan perkhemahan dan perkelahan. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan, antaranya ialah merentas hutan ‘jungle traking‘, perkhemahan dan perkelahan.