Pendidikan


Taraf pendidikan seseorang adalah mangkin kepada kejayaan hidup seseorang individu. Maka, Kerajaan Malaysia amat menitikberatkan pendidikan dalam kalangan rakyatnya dengan membangunkan sekolah sebagai pusat menuntut ilmu. Walaupun Felda Chemplak jauh dari prasarana-prasarana yang lain, tetapi penduduk di sini tetap diberi pendidikan yang secukupnya iaitu dengan kemudahan sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama. Bagi peringkat sekolah menengah, sekolah yang berhampiran dengan Felda Chemplak ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong yang terletak 4 km dari Felda Chemplak. Berikut merupakan maklumat terperinci tentang sekolah-sekolah yang terletak berhampiran dengan Felda Chemplak :
- Tadika
– Tadika KEMAS Felda Chemplak
- Sekolah Rendah
– Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Chemplak
- Sekolah Menengah
– Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felcra Bukit Kepong, Muar
- Sekolah Agama
– Sekolah Agama Felda Chemplak
Berikut adalah maklumat kejayaan anak Kampung Felda Chemplak :
| Bil. | Kerjaya |
Bilangan orang |
| 1 | Akauntan | 1 |
| 2 | Ahli Farmasi | 3 |
| 3 | Doktor | 2 |
| 4 | Guru/Pensyarah | 26 |
| 5 | Jurutera | 5 |
| 6 | Juru Ukur | 1 |
| 7 | Penganalisis Komputer | 1 |
| 8 | Pengurus Bank | 2 |
| 9 | Pengurus Ladang | 8 |
| 10 | Pegawai Tentera | 4 |
| 11 | Usahawan | 6 |
| 12 | Pengurus Syarikat | 3 |