Permohonan Dalam Talian Lepasan SPM
Baru-baru ini,keputusan SPM telah di keluarkan bagi peperiksaan SPM tahun 2015. Bagi peljar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,kami menyeiakan bantuan untuk membuat permohonan kemasukan ke IPTA/IPTS. Pelajar hanya perlu datang ke Pusat Internet 1 Malaysia dan datang bersam sijil-sijil kelayakan akademik dan sukan. No Pin akses ke laman-laman tersebut haruslah di beli dahulu di mana-mana Bank BSN berdekatan. No Pin tersebut adalah untuk memasuki laman-laman tertentu yang memerlukan no pin tersebut.
Selain daripada itu,bagi mereka yang ingin mendaftar perbankan secara atas talian boleh juga berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia untuk bantuan pendaftaran dan cara menggunakannya. Tiada bayaran untuk setiap yang tersebut,pengunjung hanya perlu menjadi Ahli Pusat Internet 1 Malaysia sahaja.
