Pertandingan keceriaan kawasan kampung

MPKK | 16 February 2020

Pada awal tahun ini, pihak Felda Chemplak dan MPKK telah mengadakan program menceriakan kawasan kampung mengikut blok. Semua blok yang terdapat di Felda Chemplak telah mengambil bahagian. Para penduduk diminta untuk menceriakan kawasan rumah dan mencantikkan pintu utama blok masing-masing. Blok yang tercantik memenangi wang tunai RM500, RM300 & RM100 dan saguhati berupa peralatan berkebun.