Pertanian

Maklumat Setempat | 31 July 2015

PERTANIAN

 

Sektor pertanian merupakan penyumbang utama hasil pendapatan ekonomi penduduk di sini. Pada awal pembukaan Felda Chemplak ini sahaja telah menunjukkan bahawa kegiatan pertanian seperti  penanaman getah telah menjadi kegiatan ekonomi utama bagi masyarakat di sini. Walau bagaimanapun, aktiviti mereka pada masa kini bukan sahaja tertumpu kepada penanaman getah, malah  kegiatan pertanian mereka telah berkembang kepada penanaman kelapa sawit.

TERNAKAN

Kegiatan ternakan haiwan juga telah diusahakan oleh segelintir penduduk di sini bagi menambah pendapatan harian mereka. Secara keseluruhannya, sebanyak 31 perusahaan ternakan haiwan telah diusahakan oleh penduduk di sini iaitu ternakan lembu, kambing, dan rusa.