PROGRAM CPATURE THE FLAG

Jadual Aktiviti | 14 January 2025

NADI akan menganjurkan Program Capture The Flag, peserta perlu melepasi syarat- syarat yang telah ditetapkan sebelum terpilih untuk menyertai program ini. Peserta yang terpilih akan menjalani bengkel berkaitan kemahiran IT dan Cybersecurity selama 4 bulan secara atas talian. Pusingan awal CTF akan dijalankan secara atas talian dimana peserta perlu menyelesaikan cabaran yang diberikan berdasarkan pembelajaran di dalam bengkel selama 4 bulan.Peserta yang berjaya melepasi Peringkat Awal CTF akan mewakili negeri masing-masing untuk bertanding secara fizikal di peringkat akhir semasa Persidangan NADI 2025.

  1. Setiap NADI hanya boleh mendaftarkan minimum 1-2 orang peserta sahaja. Peserta akan melalui tapisan pendaftaran sama ada mereka layak untuk menyertai bengkel ini ataupun tidak.
  2. Tarikh tutup penyertaan 20 Januari 2025 (Isnin, sebelum jam 5.00 petang).