Program Dakwah Kerohanian

MPKK | 15 March 2020

Tirai Tahun 2020 di mulakan dengan Program Dakwah Kerohanian yang telah di jalankan di Dewan Komuniti Felda Chemplak. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan Nasyid, Tulisan Khat dan Azan. Kesemua blok yang ada di Felda Chemplak diwajibkan menghantar wakil bagi setiap pertandingan yang dipertandingkan. Program ini dijalankan adalah untuk mencari dan mengasah minat dan kebolehan anak-anak muda untuk dijadikan pelapis di masa akan datang. Program yang dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua penduduk kampung Felda Chemplak.