Thai Tomyam One Segamat
Assalamualaikum, Salam Muafakat Johor, Salam Kluster Segamat.
Bagi penggemar makanan masakan thai, atau datang ke Segamat dan tidak tahu nak makan di mana?..Anda boleh ke One Segamat Mall untuk menikmati masakan original thai yang enak dan lazat di kedai Thai Tomyam.
Kedai ini terletak berhadapan dengan Kedai Mee Tarik Segamat di aras bawah pusat membeli belah One Segamat. Anda pasti berpuas hati dengan rasa dan harnganya yang berpatutan dan beroperasi setiap hari dari jam 10.00 pagi – 10.00 mlm mengikut waktu operasi One Segamat Mall.


